Helaian Fakta Institut Kesihatan Nutrilite
Profil Bilik Berita Institut Kesihatan Nutrilite
Institut Kesihatan Nutrilite (NHI), yang beribu pejabat di Buena Park, California, USA, adalah pemimpin global sains pemakanan berasaskan tumbuhan. NHI mengumpulkan pemimpin antarabangsa dalam sains pemakanan dari kalangan ahli akademik dan industri untuk mengkaji dan membincangkan penyelidikan, pendidikan dan praktikal saintifik, penyelesaian persendirian bagi membantu pengguna mencapai tahap kesihatan optimum mereka.
Melalui kajian yang berterusan dan kerjasama dengan institut akademik yang terkemuka, Institut Kesihatan Nutrilite mengukuhkan sains yang menyokong produk NUTRILITE⢠. Ia juga menyediakan maklumat terkini mengenai produk, sains pemakanan dan kesihatan kepada pemilik perniagaan di seluruh dunia yang menjual produk Nutrilite™ melalui Amway atau Quixtar.
Lebih daripada 100 orang saintis berdedikasi, penyelidik, dan tenaga pengajar menyokong Insitut Kesihatan Nutrilite dan jenama NUTRILITE melalui sains yang berfokuskan produk sains, penyelidikan dan pendidikan. Mereka mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang kesihatan yang berkaitan, seperti pemakanan, sains makanan, botani, kimia, sains farmasi, pertanian, biologi, fisiology dan perubatan.
Melalui penyelidikan dan program pendidikan dan kerjasama global dengan para ahli sains, pendidik dan institusi, Institut Kesihatan Nutrilite berusaha untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membantu diri mereka sendiri dan juga orang lain untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Institut Kesihatan Nutrilite mahu menimbulkan perasaan berkeinginan untuk penghidupan yang sihat dan menyediakan maklumat pemakanan yang dipercayai yang disokong oleh sains. Melalui usaha ini, ia akan terus menyokong jenama NUTRILITE sebagai jenama penokok diet* yang terkemuka, disamping menyediakan manfaat penting berbanding produk jenama lain.
Pusat bagi Kesihatan Optimum di Buena Park, California, adalah ibu pejabat antarabangsa bagi Institut Kesihatan Nutrilite. Setiap tahun, beribu-ribu pemilik perniagaan Amway dan Quixtar belajar mengenai produk pemakanan secara terus daripada ahli sains terkemuka dan mengenai kesihatan peribadi mereka daripada pakar kecergasan, kesihatan, dan pakar jenama. Kemudahan seluas 33,000 kaki persegi ini memuatkan sebuah pusat penilaian kesihatan yang komprehensif, tempat bermesyuarat, sebuah teater dan auditorium dan pameran interaktif yang menyerlahkan produk NUTRILITE, sejarah dan sains.
Seiring dengan program sokongan seluruh dunia melalui Kempen Satu-demi-Satu Amway dan Quixtar untuk Kanak-kanak, Institut Kesihatan Nutrilte terus menyokong Kelab Pemuda dan Pemudi tempatan di Buena Park sebagaimana yang telah menjadi amalannya semenjak 1948. Ia juga bekerjasama dengan sekolah-sekolah tempatan dalam membantu mendidik kanak-kanak mengenai kesihatan pemakanan dan juga memberi perkhidmatan kepada komuniti tempatan di sekitar ladang-ladang kami di Lakeview, California; Lake Trout, Washington; El Petacal, Mexico; dan Ubajara, Brazil.
Insitut Kesihatan Nutrilite menceburi banyak jenis program penyelidikan yang berbeza, selalunya bekerjasama dengan insitusi saintifik yang unggul di seluruh dunia, dari Pusat Penyelidikan Pencegahan University Stanford** di Amerika Syarikat, Universiti Yonsei di Korea Selatan dan Universiti Sun Yat-Sen di China. Senarai persatuan NHI tersedia di laman web Nutrilite.
*Berdasarkan jualan 2005.
**Institut ini menyediakan perkhidmatan penyelidikan sains bagi Institut Kesihatan Nutrilite (NHI). Penyelidikan dibiayai oleh NHI dan kemasukan institut ini pada laman web tidak menyerupai sokongan terhadap produk berjenama-NUTRILITE.
Pertanyaan media/wartawan: 616.787.7565