Bagaimana saya boleh membeli produk™ NUTRILITE?
Produk NUTRILITE adalah dijual secara eksklusif oleh Pemilik Perniagaan Bebas Amway dan Quixtar di lebih daripada 55 negara di seluruh dunia. Produk yang mempunyai kualiti tinggi yang sama yang dihasilkan oleh Nutrilite dijual dibawah jenama NUTRIWAY™ di negara-negara yang tertentu.
Pelajari lebih lanjut berkenaan produk yang terdapat di lokasi anda, dan cara untuk memesan produk NUTRILITE.
Anda juga boleh menghubungi orang yang menunjukkan anda kepada laman web NUTRILITE.
Adakah vitamin sintetik pernah digunakan dalam produk NUTRILITE?
Sesetengah makanan tambahan NUTRILITE mengandungi vitamin daripada kedua-dua sumber semulajadi dan sintetik. Kami menggunakan kedua-dua sumber kerana, tanpa vitamin sintetik, sebahagian makanan tambahan kami tidak akan dapat membekalkan tahap nutrien yang optimum. Dalam kes-kes ini, penghantaran nutrien yang mencukupi tanpa vitamin sintetik memerlukan tablet yang mungkin terlalu besar bagi penggunaan manusia. Oleh itu, sesetengah produk diformulasikan dengan kombinasi vitamin sintetik dan pati tumbuhan untuk membekalkan fitonutrien penting pada tahap pemakanan yang konsisten dengan sains terkemuka.
Adakah semua bahan dalam produk NUTRILITRE ditanam di ladang sendiri?
Walaupun kami berusaha untuk menanam seberapa banyak tumbuhan yang digunakan dalam pati kami, namun keseluruhan permintaan produk menjadikan ia tidak mungkin bagi kami mengeluarkan dan membuat semua ramuan dan kuantiti yang diperlukan. Program Pensijilan Pembekal kami yang ketat memastikan bahawa sebarang tanaman yang ditanam oleh pihak lain bagi pihak kami memenuhi piawai GMP kami yang ketat.
Berapa lamakah produk NUTRILITE boleh diketepikan dalam simpanan sebelum dibungkus dan dikirim?
Secara purata, tablet disimpan di dalam gudang selama kurang dari seminggu sebelum ia dibungkus dan dikirim ke lebih 40 negara yang berbeza.
Apakah makanan tambahan NUTRILITE nutrigenomik?
Makanan tambahan nutrigenomik adalah cadangan pemakanan peribadi yang direka bentuk bagi genotip tertentu, sebagaimana yang didapati melalui ujian DNA untuk kecenderungan kepada penyakit dan keadaan tertentu.
Apakah ujian kualiti yang dijalankan ke atas produk NUTRILITE?
Pakar kualiti bagi jenama NUTRILITE menjalankan lebih daripada 15,000 ujian sebulan ke atas produk kami. Tujuh jenis ujian yang berbeza telah dijalankan untuk memastikan kualiti:
-
Ujian Pelarutan bagi menguji kemampuan nutrien untuk dilarutkan.
-
Ujian Penyepaian memastikan tablet bersepai dalam masa 30 minit atau kurang.
-
Ujian Had Mikro memeriksa plat kiraan dan ketiadaan patogen.
-
Ujian Nutrien-Makro memeriksa kandungan lemak, serat, protein dan karbohidrat.
-
Ujian Nutrien-Mikro memastikan tuntutan label untuk semua vitamin, mineral dan nutrien lain.
-
Ujian Bahan Mentah memastikan bahan mentah adalah dari kualiti yang tepat untuk membuat tablet.
-
Ujian Kestabilan memastikan jangka hayat tablet.