Nutrilite.com Syarat Penggunaan
Terima kasih kerana melawat www.nutrilite.com. Laman web ini ("Laman" kami) adalah perkhidmatan yang tersedia oleh Nutrilite, satu bahagian daripada Kumpulan Perniagaan Access LLC, di bawah keluarga syarikat Alticor ('kita' atau 'kami'). Semua kandungan, maklumat dan perkhidmatan yang disediakan di dan melalui Laman kami hanya boleh digunakan di bawah terma dan syarat yang berikut.
PENGGUNAAN LAMAN KAMI MERUPAKAN PERSETUJUAN ANDA UNTUK MEMATUHI TERMA DAN SYARAT BERIKUT. SILA BACA TERMA DAN SYARAT INI DENGAN BAIK SEBELUM MENGGUNAKAN LAMAN INI. SEKIRANYA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN MANA-MANA BAHAGIAN TERMA PENGGUNAAN INI, ANDA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN LAMAN KAMI.
Lesen Pengguna Anda
Anda diberi lesen terhad, tidak ekslusif dan tidak boleh dipindahkan untuk mengakses Laman dan kandungannya mengikut Terma Penggunaan ini. Sekiranya anda di bawah 18 tahun, anda hanya boleh menggunakan Laman kami dengan penglibatan seorang ibubapa atau penjaga. Laman kami dihos di Amerika Syarikat tetapi mengandungi sedikit maklumat umum yang sesuai untuk diakses dan diguna secara global. Kami tidak membuat pernyataan bahawa semua bahan di Laman kami adalah sesuai atau tersedia untuk penggunaan di lokasi di luar A.S., dan mengaksesnya dari wilayah di mana kandungan mereka adalah tidak sah adalah dilarang. Apa-apa rujukan pada Laman ini kepada produk dan perkhidmatan tertentu hanya berkaitan kepada yang tersedia di A.S., dan apa-apa dakwaan dan perbandingan produk kepada produk lain di Laman ini hanya berkaitan di dalam A.S. sahaja. Sekiranya anda mengakses Laman ini dari lokasi lain, anda mungkin memilih untuk membuan pautan kepada Laman web gabungan tempatan di mana anda boleh mendapatkan maklumat mengenai ketersediaan produk, dakwaan dan perbandingan yang dapat digunakan di lokasi anda (Lihat Pautan ke Laman Web Gabungan, di bawah). Bagi mereka yang mengakses Laman ini dari lokasi lain berbuat demikian di atas kehendak mereka sendiri dan bertanggung jawab mematuhi undang-undang tempatan, termasuk undang-undang mengenai penghantaran data teknikal yang dieksport dari A.S. atau wilayah di mana mereka tinggal.
Kami memelihara hak untuk menolak servis dalam budi bicara kami semata-mata dan tanpa notis. Anda semata-mata bertanggung jawab ke atas penggunaan Laman ini, dan anda bersetuju untuk memampasi, anggap tidak memudaratkan dan membela kami dari apa-apa tuntutan, ganti rugi, kehilangan, lialibiliti, kos dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang disebabkan oleh penggunaan atau penyalahgunaan anda terhadap Laman ini. Menampal atau menghantar apa-apa bahan menyalahi undang-undang, ancaman, fitnah bertulis, pernyataan fitnah, lucah, tidak senonoh, bersifat menghasut, pornografi atau bahan karut, atau apa-apa bahan yang membentuk atau menggalakkan kelakuan yang dianggap suatu kesalahan jenayah, menimbulkan liabiliti sivil, atau mencabuli undang-undang dengan apa-apa cara selainnya, adalah dilarang sama sekali.
Pengehadan Penggunaan Anda
Tiada bahan dari Laman kami boleh disalin, dihasilkan semula, diterbitkan semula, dimuat turun, ditampal, dipaparkan, dihantar, atau diedarkan dalam apa cara sekali pun, kecuali anda memuat turun satu salinan dari bahan-bahan ini kepada sebuah komputer hanya untuk kegunaan peribadi dan kegunaan tidak komersial persendirian, dengan syarat (i) anda menyimpan dengan baik semua notis hak cipta dan lain-lain hak empunya, dan (ii) anda tidak membuat apa-apa modifikasi kepada bahan-bahan itu. Anda tidak boleh, tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada kami, merangkakan atau mencerminkan apa-apa bahan dalam Laman ini atau di mana-mana pelayan lain. Penggunaan tanpa kebenaran mana-mana bahan ini pada mana-mana laman Web atau persekitaran komputer lain adalah dilarang dengan jelas. Sema tanda dagangan, tanda perkhidmatan, nama perdagangan, dan pakaian perdagangan adalah proprietary bagi kita.
Privasi dan Maklumat Peribadi Anda
Semasa menggunakan Laman kami, anda juga tertakluk kepada terma Kenyataan Privasi kami. Anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Kenyataan Privasi kami, dan bersetuju apa-apa maklumat peribadi anda yang telah diberikan digunakan menurut perjanjian, dan untuk tujuan yang telah ditetapkan, di dalam Kenyataan Privasi kami.
Hak Harta Intelektual
Hak cipta — Reka bentuk, teks, kandungan, pilihan dan penyusunan elemen, pengurusan, grafik, kompilasi, terjemahan magnetik, penukaran digital Laman dan lain-lain hal yang berkaitan dengan Laman dipelihara dibawah undang-undang hak cipta yang dapat dikenakan, HAK CIPTA TERPELIHARA. Penampalan mana-mana elemen tadi pada Laman kami tidak membentuk penepian mana-mana hak dalam elemen tersebut. Anda tidak memperoleh hak pemilikan ke atas mana-mana elemen tersebut yang dilihat melalui Laman. Kecuali selain daripada yang terkandung di dalam ini, tiada elemen ini boleh diguna, disalin, dihasilkan semula, dimuat turun, ditampal, dipaparkan, dihantar, diubah suai atau diedarkan dalam apa bentuk sekali pun atau dengan apa cara sekali pun, termasuk, tanpa had, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau lain-lain, tanpa kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu.
Tanda dagangan — NUTRILITEā¢, logonya, dan semua nama produk, nama syarikat, dan logo lain, melainkan dimaklumkan demikian, adalah tanda dagangan dan/atau pakaian dagangan Alticor Inc., di Amerika Syarikat, atau gabungannya atau syarikat lain dibawah pemilikan atau kuasa bersama ("Tanda"). Semua tanda dagangan lain, nama produk, nama syarikat, logo, tanda servis, dan/atau pakaian dagangan yang disebut, dipaparkan, dipetik atau ditunjukkan selainnya di laman adalah harta pemilik masing-masing. Penggunaan atau penyalahgunaan mana-mana Tanda atau mana-mana bahan lain yang terkandung di dalam Laman. tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari pemiliknya, adalah dilarang dengan jelasnya.
Penafian Waranti
LAMAN KAMI DAN KANDUNGANNYA DISEDIAKAN "SEBAGAIMANA TERDAPAT" DAN "SEBAGAIMANA TERSEDIA," TANPA APA-APA JENIS WARANTI. KAMI DENGAN JELASNYA MENEPIKAN SEMUA WARANTI KE TAHAP YANG PALING TINGGI YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG YANG BOLEH DIKENAKAN, SAMADA YANG DINYATAKAN ATAU YANG TERSIRAT, TERMASUK TANPA HAD WARANTI KEBOLEH NIAGAAN, KESEDIAAN UNTUK TUJUAN TERTENTU DAN KETIDAK PELANGGARAN, DAN YANG TIMBUL DISEBABKAN UNDANG-UNDANG STATUT ATAU SELAINNYA DALAM UNDANG-UNDANG ATAU MELALUI JALAN PERLAKUAN ATAU PENGGUNAAN PERDAGANGAN. KAMI TIDAK MEMBUAT PERNYATAAN ATAU APA-APA WARANTI SEKALIPUN BERKAITAN KESEMPURNAAN, KETEPATAN, KEBENARAN, INTEGRITI, KEBOLEHPERCAYAAN, KELUASAN PENGGUNAAN, KECUKUPAN, KESESUAIAN. KEFUNGSIAN. KETERSEDIAAN, ATAU PENGOPERASIAN LAMAN INI ATAU KANDUNGANNYA ATAU PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN PADA, ATAU BOLEH DIAKSES DARIPADA, LAMAN INI. KAMI TIDAK MENJAMIN BAHAWA PENGOPERASIAN LAMAN INI TIDAK TERGANGGU ATAU BEBAS DARI RALAT, ATAU BAHAWA LAMAN INI BEBAS DARI VIRUS DAN KOMPONEN MERBAHAYA YANG LAIN KEPADA PELENGKAPAN ATAU PERISIAN.
Pembatasan Liabiliti
DALAM APA KEADAAN SEKALIPUN KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB, ATAU KAMI MEMIKUL TANGGUNGJAWAB, ATAS APA-APA KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, ATAU TURUTAN YANG TERBIT AKIBAT ATAU BERHUBUNG DENGAN PENGGUNAAN ATAU KETIDAKMAMPUAN UNTUK MENGGUNAKAN LAMAN INI (ATAU KANDUNGAN ATAU PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI, ATAU KEBOLEHAN MENGAKSES DARI LAMAN INI), ATAU SEBALIKNYA, MESKIPUN JIKA KAMI TELAH MEMBERITAHU KEMUNGKINANNYA BERLAKU KEROSAKAN YANG SEDEMIKIAN.
Ralat dan Pembetulan
Walaupun kami berusaha secara yang berpatutan untuk memasukkan maklumat yang tepat dan terkini dalam Laman kami, kami tidak menjamin atau membuat pernyataan bahawa Laman ini adalah bebas-ralat. Ralat semasa memasukkan data atau lain-lain masalah teknikal kadangkala mungkin menyebabkan maklumat tidak tepat dipaparkan. Kami berhak untuk membetulkan apa-apa ketidaktepatan atau ralat tipografi pada Laman kami, dan kami tidak akan bertanggungjawab atas ralat yang sedemikian. Kami juga mungkin membuat perbaikan dan/atau perubahan kepada ciri, kefungsian atau kandungan Laman ini pada bila-bila masa. Sekiranya anda melihat apa-apa maklumat atau penerangan yang anda yakin adalah salah, sila hubungi kami sebagaimana yang dijelaskan dalam bahagian "Hubungi Kami" di bawah, dan kami akan mengesahkannya untuk anda.
Pautan ke Laman Web Gabungan
Laman kami mempunyai pautan dengan laman Web gabungan, yang membolehkan anda menerima maklumat tertentu mengenai ketersediaan produk, dakwaan dan perbandingan yang boleh digunakan di lokasi anda. Gabungan adalah bertanggung jawab untuk, dan berusaha untuk membuat tinjauan semula, laman Web mereka masing-masing supaya menuruti undang-undang yang boleh dikenakan di dalam bidang kuasa masing-masing. Pautan ini disediakan semata-mata untuk kemudahan anda. Kami tidak menyokong atau menerima apa-apa tanggung jawab untuk kandungan, atau kemudahan mengakses sumber yang tersedia di mana-mana Web gabungan. Kami sarankan anda membuat tinjauan semula terma penggunaan setiap gabungan yang anda pilih untuk diakseskan dari Laman kami.
Penyerahan Anda
Kami gembira mendengar dari pengguna Laman kami dan sedia menerima komen anda mengenai kandungan dan perkhidmatan kami. Selain daripada maklumat pengenalan peribadi, yang dilindungi di bawah Kenyataan Privasi Laman ini, sebarang cadangan, ide, konsep, bahan atau maklumat lain yang anda serahkan kepada, atau hantar melalui, Laman ini ("Penyerahan") akan menjadi, dan akan tetap sebagai harta eksklusif kami. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan terhadap Penyerahan tersebut dan bebas untuk menggunakan dan menyampaikan Penyerahan itu kepada orang lain tanpa batasan.
Penguasaan Undang-undang dan Bidang kuasa
Terma-terma penggunaan ini dikuasai oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang State of Michigan, USA, tanpa memberi kesan kepada konflik prinsip undang-undang. Apa-apa kontroversi atau pertikaian yang timbul dari penggunaan Laman kami akan diserah, dan persetujuan anda tidak boleh ditarik balik, kepada bidang kuasa peribadi mana-mana mahkamah negeri atau persekutuan yang terletak di, atau yang daerahnya termasuk Kent County, Michigan, USA. Sekiranya mana-mana peruntukan Terma Penggunaan didapati menyalahi undang-undang, tidak sah atau kerana apa-apa sebab yang tidak boleh dikuat kuasakan, maka peruntukan itu akan dianggap diubah dan tidak akan menjejaskan kesahan dan penguatkuasaan mana-mana peruntukan yang tinggal.
Perubahan kepada Terma Penggunaan
Kami memelihara hak, dalam budi bicara kami untuk mengubah Terma Penggunaan ini pada bila-bila masa. Versi Terma Penggunaan yang telah dikemaskini akan ditampal di sini, di Laman kami dan berkuat kuasa serta-merta. Tarikh versi terbaru ditampal di bawah. Sila semak semula selalu, terutamanya sebelum menggunakan Laman kami, untuk melihat samada Terma Penggunaan ini telah berubah. Penggunaan berterusan Laman ini selepas apa-apa perubahan kepada Terma Penggunaan merupakan penerimaan anda terhadap perubahan-perubahan ini.
Hubungi Kami
Sekiranya anda mempunyai apa-apa kekhuatiran terhadap Laman ini atau Terma Penggunaan ini, sila hantarkan e-mel kepada:
Nutrilite_privacy@nutrilite.com
Kami akan membuat setiap usaha yang berpatutan bertujuan untuk mengatasi kekhuatiran anda dan memperbaiki apa-apa masalah yang anda bawa kepada perhatian kami.
Dikemaskini dan berkuat kuasa 1 Mei, 2006
©2006 Kumpulan Perniagaan Access LLC, U.S.A., semua hak terpelihara.
kembali ke atas