Peranan Kalsium dalam Pemakanan yang Baik
Kalsium paling diketahui kerana membantu membina tulang dan gigi yang kuat.
Fungsi Utama
-
Kebanyakan kalsium daripada makanan pergi terus ke gigi dan tulang, di mana ia digunakan untuk membina dan mengekalkan kekuatan.
-
Kalsium juga digunakan di seluruh badan untuk membantu otot mengecut, membolehkan darah membeku, menghantar mesej sepanjang saraf, mengeluarkan tenaga, memastikan jantung terus berdegup dan memelihara sistem imun.
-
Sekiranya pengambilan kalsium adalah rendah, badan akan mengambil apa yang diperlukan daripada tulang. Ini boleh menyebabkan tulang menjadi nipis dan rapuh.
Sumber Makanan
Susu dan produk susu, keju, ikan kecil (dengan tulang), tofu, sayuran berdaun yang hijau, kekacang dan telur.
-
Kalsium yang didapati daripada sumber makanan yang berasaskan tumbuhan lazimnya membentuk menjadi sebatian dan tidak mudah diserap oleh badan.
-
Dianggarkan bahawa badan kita menyerap hanya 20 hingga 40 peratus kalsium daripada sumber makanan.
Penggunaan
Semaklah di pasaran tempatan anda untuk mengetahui pengambilan harian kalsium yang disyorkan.
Bukti Keselamatan
Pengambilan kalsium yang baik adalah perlu di sepanjang kehidupan kita, terutamanya sewaktu kanak-kanak dan remaja, apabila tulang sedang membesar. Ia juga penting apabila kita semakin tua, apabila tulang menjadi semakin nipis dan lebih rapuh.