Peranan Karbohidrat dalam Pemakanan yang Baik
Perkataan 'karbohidrat' bermakna 'karbon campur air." Tumbuhan menggunakan cahaya matahari (fotosintesis) untuk menukarkan air dan karbon dioksida kepada karbohidrat dan oksigen.
Fungsi Utama
-
Apabila badan anda memerlukan tenaga, ia akan mencari karbohidrat terlebih dahulu.
-
Sekiranya anda tidak mengambil karbohidrat dengan mencukupi, badan anda akan mencari sumber-sumber tenaga yang lain, seperti protein yang terdapat dalam tisu otot. Walau bagaimananpun, protein bukanlah sumber tenaga yang berkesan untuk badan anda.
-
Karbohidrat juga melindungi otot dan membantu mengawal jumlah gula yang beredar dalam darah supaya semua sel akan mendapat tenaga yang diperlukan.
Sumber Makanan
Karbohidrat terdapat dalam dua bentuk: mudah dan kompleks. Kedua-duanya terdiri daripada unit-unit gula. Perbezaannya adalah jumlah unit gula yang dikandungi, dan bagaimana mereka terikat bersama.
-
Karbohidrat mudah adalah gula yang memberi anda tenaga secara segera dan lazimnya tidak mempunyai apa-apa zat pemakanan. Ini termasuk gula-gula, kandi dan air berkarbonat.
-
Karbohidrat kompleks mengeluarkan tenaga secara perlahan-lahan dan selalu mengandungi serat. Bentuk karbohidrat yang lebih "sihat" ini termasuk roti, pasta, nasi, ubi kentang, bijirin dan kekacang.
Penggunaan
Karbohidrat lazimnya terdiri daripada 45 - 60% pengambilan kalori anda keseluruhannya.
-
Penyelidikan mengesyorkan supaya individu dewasa mengambil sekurang-kurangya 120 - 125 gram karbohidrat setiap hari untuk memenuhi keperluan asas.
Semaklah di pasaran tempatan anda untuk pengambilan harian karbohidrat yang disyorkan.
Bukti Keselamatan
Sekiranya anda mengambil karbohidrat yang berlebihan dan terlibat dengan hanya sedikit aktiviti fizikal atau tiada langsung, karbohidrat yang berlebihan ini akan ditukar dan disimpan di dalam badan sebagai lemak -- yang akan mengakibatkan bertambahnya berat badan dan risiko kesihatan yang lain.