Peranan Magnesium dalam Pemakanan yang Baik
Magnesium sangat penting bagi setiap proses biokimia yang terjadi di dalam badan.
Fungsi Utama
-
Magnesium amat penting untuk menukar makanan kepada tenaga untuk badan, dan juga untuk membantu dalam mengeluarkan insulin yang mengawal tahap gula dalam darah.
-
Magnesium membantu memperbaiki dan menyenggara sel badan.
-
Magnesium mengawal pergerakan kalsium masuk dan keluar sel. Ia adalah penting untuk tulang dan gigi yang kuat.
Sumber Makanan
Susu dan makanan tenusu, kacang, mentega kacang, keju cheddar dan ikan putih
-
Kandungan magnesium di dalam tumbuhan banyak berbeza bergantung kepada kandungan magnesium di dalam tanah di mana tumbuhan ditanam.
-
Kebanyakan daripada kandungan magnesium di dalam makanan hilang semasa pemprosesan - pengilangan mengeluarkan hampir 59% daripada magnesium di dalam gandum lengkap.
-
Memasak makanan di dalam air juga menyebabkan magnesium dilarutresapkan semasa proses masakan.
Penggunaan
Semaklah di pasaran tempatan anda untuk pengambilan harian magnesium yang disyorkan.
Bukti Keselamatan
Kaum wanita dan orang yang mengambil alkohol sentiasa mungkin mendapat manfaat dari tahap magnesium yang mencukupi.