Nutrilite
nutrien
Daun teh hijau untuk vitamin, makanan tambahan mineral NUTRILITE
Bagaimanakah Nutrien Berfungsi Vitamin K
Karbohidrat Kalsium
Protein Kromium
Lemak Zat Besi
Vitamin A Magnesium
Vitamin B Selenium
Vitamin C Asid Lemak Omega
Vitamin D Fitonutrien
Vitamin E


Peranan Asid Lemak Omega dalam Pemakanan yang Baik

Omega 3 dikenali sebagai asid lemak perlu (EFA) kerana mereka adalah kritikal untuk kesihatan yang baik. Oleh kerana badan kita tidak boleh membuat omega-3 nya sendiri, maka omega-3 mestilah diperolehi daripada makanan.

Fungsi Utama

  • Mengurangkan hipertensi. Kajian yang melibatkan kumpulan manusia yang ramai telah menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 mungkin membantu menurunkan tahap tekanan darah secara keseluruhan.
  • Memperbaiki kesihatan jantung. Asid lemak omega-3 mungkin memainkan peranan dalam merendahkan tahap kolesterol, menstabilkan degupan jantung yang tidak tetap (aritmia).
  • Melindungi jantung. Penyelidik kini mempercayai bahawa asid alfa-linolenik (ALA), salah satu daripada omega-3, mungkin bermanfaat terutamanya di dalam melindungi daripada penyakit jantung dan pembuluh darah dan untuk menurunkan tahap kolesterol dan trigliserida.

Sumber Makanan

Asid lemak omega-3 yang utama termasuk asid eikosapentaenoik (EPA), asid dokosaheksanoik (DHA), dan asid alfa-lineolenik (ALA). EPA dan DHA dijumpai hanya di dalam ikan air sejuk seperti tuna, salmon dan mackerel dan juga rumpai laut yang segar. ALA terdapat terutamanya di dalam sayuran berdaun yang hijau, minyak flaxseed dan minyak sayuran yang tertentu.

Penggunaan

Tidak ada kadar pengambilan harian omega-3 yang disyorkan secara pasti, namun diet sihat yang mengandungi jumlah ketara makanan yang kaya dengan asid lemak perlu ini adalah disyorkan.

Asid lemak omega-3 adalah sangat selamat untuk dimakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pakar mengesyorkan menghadkan pengambilan ikan kepada dua hingga tiga hidangan seminggu kerana banyak ikan dicemari merkuri dan lain-lain pencemar. Kapsul minyak ikan selalunya tidak memberi risiko yang sama.

Bukti Keselamatan

Tidak terdapat kesan sampingan yang diketahui yang dikaitkan dengan meningkatkan pengambilan asid lemak omega-3 melalui makanan, walaupun kapsul minyak ikan ada memberi risiko faktor "burp" -- rasa kesan yang tidak merbahaya, kadang-kadang tidak indah, rasa ikan yang terjadi dengan sesetengah jenama kapsul minyak ikan.

Nutrilite
Nutrilite