Nutrilite
nutrien
Daun teh hijau untuk vitamin, makanan tambahan mineral NUTRILITE
Bagaimanakah Nutrien Berfungsi Vitamin K
Karbohidrat Kalsium
Protein Kromium
Lemak Zat Besi
Vitamin A Magnesium
Vitamin B Selenium
Vitamin C Asid Lemak Omega
Vitamin D Fitonutrien
Vitamin E


Peranan Fitonutrien dalam Pemakanan yang Baik

Istilah "fitonutrien' digunakan untuk kompaun tumbuhan yang meningkatkan kesihatan yang baik walaupun mereka tidak merupakan keperluan yang pokok kepada kesihatan manusia.

Peranan genting yang dimainkan oleh tumbuhan segar dan lengkap dalam pemakanan manusia tidak boleh dinafikan.

  • Penyelidikan di seluruh dunia telah membuktikan bahwa diet yang kaya dengan tumbuhan boleh membawa kepada kesihatan yang optimum.
  • Para saintis mengetahui bahawa tumbuhan memperbaiki kesihatan walaupun hanya sebahagian, disebabkan beribu-ribu kimia tumbuhan atau kompaun (fitonutrien) yang dibekalkan dalam diet yang kaya-tumbuhan.

Fungsi Utama

Jenis tumbuhan yang berlainan mengeluarkan jenis fitonutrien yang berlainan.

  • Tahap fitonutrien dalam sesuatu jenis tumbuhan berbeza, bergantung kepada spesies tumbuhan, keadaan tanah dan banyak lagi faktor alam sekitar.
  • Tidak seperti vitamin dan mineral, fitonutrien tidak diklasifikasikan sebagai satu keperluan; namun mereka kelihatan seperti membawa banyak manfaat kepada kesihatan keseluruhannya, dalam keadaan am dan juga dalam keadaan tertentu.

Sumber Makanan

Sumber makanan yang berasaskan tumbuhan, termasuk buahan dan sayuran yang berwarna terang.

  • Berfikir "warna," kerana fitonutrien berbeza wujud dalam buahan dan sayuran yang berbeza warna.

Penggunaan

Tiada cadangan tertentu wujud kini bagi kebanyakan atau semua fitonutrien. Cadangan am adalah untuk mengambil lima buahan dan sayuran yang berlainan warna setiap hari untuk mendapat manfaat dari pelbagai fitonutrien yang berlainan.

Bukti Keselamatan

Tiada tahap paiwai pengambilan fitonutrien telah ditetapkan; oleh itu, tiada tahap pengambilan berlebihan telah disiarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang terkemuka.

Nutrilite
Nutrilite