Nutrilite
nutrien
Daun teh hijau untuk vitamin, makanan tambahan mineral NUTRILITE
Bagaimanakah Nutrien Berfungsi Vitamin K
Karbohidrat Kalsium
Protein Kromium
Lemak Zat Besi
Vitamin A Magnesium
Vitamin B Selenium
Vitamin C Asid Lemak Omega
Vitamin D Fitonutrien
Vitamin E


Peranan Vitamin A dalam Pemakanan yang Baik

Vitamin A adalah vitamin larut lemak yang disimpan terutamanya di dalam hati. Vitamin A terdapat dalam dua bentuk:

  • Retinol, yang terdapat dalam produk haiwan.
  • Beta karotena, yang ditukar oleh badan anda ke vitamin A.

Fungsi Utama

Vitamin A sangat penting untuk kulit, penglihatan, pertumbuhan dan pembiakan yang sihat. Ia melaksanakan pelbagai fungsi yang penting:

  • Beta karotena adalah bahan antioksidan yang berkuasa yang meneutralkan radikal bebas -- molekul yang merosakkan sel yang sihat -- dan meningkatkan risiko mempercepatkan proses penuaan dan/atau keadaan kesihatan.
  • Vitamin A menggalakkan pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat.
  • Lemak digunakan untuk membina sel baru dan ia kritikal dalam pembentukan otak yang normal dan fungsi saraf.
  • Vitamin A diperlukan untuk pembentukan penglihat ungu, suatu pigmen yang membolehkan anda melihat dalam cahaya yang suram.

Sumber Makanan

  • Vitamin A terdapat di dalam hati, minyak ikan kod, lobak merah dan keledek.
  • Retinol terdapat di dalam daging, ikan, telur dan produk tenusu.
  • Bera karotena terdapat di dalam buahan berwarna oren dan kuning dan sayuran yang berdaun lagi hijau.

Penggunaan

Semaklah di pasaran tempatan anda untuk pengambilan harian vitamin A yang disyorkan.

Bukti Keselamatan

Apabila bergantung kepada sumber makanan, ingatlah bahawa vitamin A dan beta karotena dimusnahklan oleh haba.

Nutrilite
Nutrilite