Peranan Vitamin C dalam Pemakanan yang Baik
Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik. Ia dikenali sebagai bahan antioksidan yang berkuasa di dalam badan. Vitamin C merupakan vitamin larut air yang sangat penting, yang cepat hilang dari badan anda, oleh itu pengambilannya setiap hari adalah teramat penting.
Fungsi Utama
-
Vitamin C terlibat dalam banyak proses biologi dan ini membuatkannya sangat penting untuk kesihatan.
-
Ia digunakan untuk membuat kolagen di dalam badan, satu protein yang menjadikan kulit, sendi dan tulang kuat.
-
Vitamin C memainkan peranan untuk menyembuhkan luka di dalam badan.
-
Badan kita menggunakan vitamin C di dalam sistem imun dengan menyenggarakan aktiviti sel darah putih.
Penggunaan
Semaklah di pasaran tempatan anda untuk pengambilan harian vitamin C yang disyorkan.
Sumber Makanan
Blackcurrant, lada Benggala, mangga, oren, kobis, tomato dan ubi kentang
-
Air, memasak, haba dan cahaya semuanya mengurangkan tahap vitamin C yang terdapat di dalam sumber makanan.
-
Sayuran mula kehilangan vitamin C sebaik sahaja mereka dipotong.
-
Bera karotena terdapat di dalam buahan berwarna oren dan kuning dan sayuran yang berdaun lagi hijau.
Bukti Keselamatan
Perokok, mereka yang mengambil alkohol secara tetap, orang yang mengambil ubat secara tetap dan mereka yang mengalami tekanan sentiasa mungkin mendapat manfaat dengan mengambil vitamin C harian yang menepati atau melebihi kadar yang disyorkan.