Nutrilite
nutrien
Daun teh hijau untuk vitamin, makanan tambahan mineral NUTRILITE
Bagaimanakah Nutrien Berfungsi Vitamin K
Karbohidrat Kalsium
Protein Kromium
Lemak Zat Besi
Vitamin A Magnesium
Vitamin B Selenium
Vitamin C Asid Lemak Omega
Vitamin D Fitonutrien
Vitamin E


Peranan Vitamin D dalam Pemakanan yang Baik

Vitamin D dihasilkan di dalam badan kita apabila kulit terdedah kepada matahari. Ia juga didapati di dalam makan yang bersumber dari haiwan.

  • Vitamin D berbeza daripada vitamin yang lain kerana badan kita dapat membuatnya apabila terdedah kepada matahari.
  • Dalam bentuknya yang aktif, ia dianggap sebagai hormon. Ia mempunyai kesan ala-hormon ke atas penyerapan mineral, pemineralan tulang dan beberapa perembesan.

Fungsi Utama

  • Vitamin D adalah sangat penting bagi perkembangan tulang dan gigi yang sihat. Tanpanya, badan tidak dapat membina atau mengekalkan tulang yang kuat.
  • Vitamin D adalah vitamin larut lemak yang memainkan peranan dalam mengawal penyerapan kalsium, yang memberi kesan terhadap perkembangan tulang dan juga sangat penting bagi pembekuan darah.
  • Apabila vitamin D berkurangan di dalam badan, kurang kalsium diserap daripada makanan dan tahap darah terpaksa dikekalkan dengan mengambil kalsium daripada tulang.

Sumber Makanan

Minyak ikan kod, herring, mackerel, sardin, salmon, marjerin, tuna dan keju cheddar

Penggunaan

Semaklah di pasaran tempatan anda untuk pengambilan harian vitamin D yang disyorkan.

Bukti Keselamatan

Orang yang menghindari matahari sama sekali (atau mendapat cahaya matahari semulajadi yang sangat sedikit), populasi tua, vegetarian/vegan dan wanita yang hamil dan sedang menyusu semua mungkin mendapat manfaat dari pengambilan vitamin D yang mencukupi atau lebih tinggi.

Nutrilite
Nutrilite