Peranan Vitamin K dalam Pemakanan yang Baik
Vitamin K didapati di dalam makanan, tetapi ia juga dibuat oleh bakteria di dalam usus kita. K mewakili perkataan dalam Bahasa Denmark iaitu "koagulation," yang bermakna penggumpalan atau pembekuan.
Fungsi Utama
-
Vitamin K adalah sekumpulan bahan kimia yang digunakan oleh badan untuk membuat protein yang khusus yang terdapat di dalam plasma darah (cecair tidak berwarna di dalam darah) seperti protrombin. Ini adalah protein utama yang bertanggungjawab bagi pembekuan darah.
-
Vitamin K juga diperlukan untuk membuat tisu tulang dan buah pinggang.
Sumber Makanan
Brokoli, kobis, kubis daun, daun salad, bayam dan daun turnip, keju, hati dan bijirin
Penggunaan
Semaklah di pasaran tempatan anda untuk pengambilan harian vitamin K yang disyorkan.
Bukti Keselamatan
Vitamin K dibuat di dalam perut dan banyak terdapat di dalam makanan. Kekurangan vitamin ini amat jarang berlaku.