Nutrilite
mengapa nutrilite
Pokok ceri acerola NUTRILITE dengan berlatarbelakangkan gunung
ladang
California Mexico
Washington State Brazil

Ladang Nutrilite - Bekerjasama dengan Alam Semulajadi

NUTRILITE™ merupakan satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, menuai dan memproses tumbuhan di ladang organik mereka sendiri yang diperakui. Walau di mana kami menanam bahan yang digunakan dalam produk NUTRILITE, tanaman adalah ditanam menurut alam semulajadi.

  • Kami mengelak penggunakan racun perosak sintetik, racun rumpai, dan baja.
  • Kami membajai semula tanah, lebih baik daripada mensusutkannya.
  • Kami menggunakan kaedah semulajadi dan mesra alam untuk mengawal rumpai , serangga, dan pemangsa berbahaya yang lain.
Kumbang pada daun, ahli sains peladang di ladang

Semua ladang yang membekalkan bahan botani berpegang teguh kepada program pensijilan ladang NUTRICERT™ – memastikan bahawa semua ladang ini berpegang teguh kepada falsafah perladangan organik kami sendiri, yang dipandu oleh prinsip organik yang bertahan. Prinsip utama program NUTRICERT termasuklah:

  • Kepelbagaian tanaman dan sayuran, termasuk kepelbagaian menegak herba, pokok, dan pokok renek; dan integrasi penternakan haiwan, serangga yang menguntungkan, dan mikroorganisma.
  • Amalan pembinaan tanah yang sihat, seperti penggunaan kompos, mikroorganisma tanah yang menguntungkan, kawalan hakisan, dan penggunaan minima baja mineral.
  • Tiada pencemaran tanah atau alam sekitar, seperti penggunaan organisma yang diubah secara genetik. Ideanya adalah untuk menggunakan pengurusan perosak bersepadu dan melindungi ladang daripada sumber pencemaran yang berpotensi dari ladang yang berhampiran.
  • Dalam standard pengawalan kualiti, termasuklah dokumentasi input ladang yang wajar, trasiabiliti sumber tanaman, rancangan bertulis untuk menghalang pencemaran dan pengawalan perosak, dan program jaminan kualiti untuk penjualan produk ladang.
  • Membina persekitaran sosial yang sihat di sekitar ladang, menyediakan ladang pekerja dengan peluang bagi pembangunan persendirian, termasuklah pendidikan dan latihan.

Dengan memiliki dan mengekalkan kawalan di ladang NUTRILITE kami sendiri, kami dapat memastikan bahawa makanan tambahan kami hanya mengandungi bahan yang berkualiti tinggi.

Kualiti daripada sumber bumi.

Perladangan Nutrilite Seluruh Dunia

Operasi perladangan organik kami adalah benar-benar multinasional, dengan melebihi 6,400 ekar di California, Washington State, Mexico, dan Brazil.

Nutrilite
Nutrilite