Nutrilite
mengapa nutrilite
ladang
California Mexico
Washington State Brazil

Ladang Lakeview - California - USA

Ladang kami di Lakeview, California, digunakan terutamanya sebagai Pusat Penyelidikan Pertanian NUTRILITEā„¢ , di mana penyelidik ladang kami bekerja untuk memperbaiki produk NUTRILITE sedia ada dan juga mengenalpasti nutrien dan bahan aktif untuk produk baru dan pembangunan amalan perladangan organik.

Landskap di kemudahan perladangan Lakeview Nutrilite
  • 45 hektar (111 ekar)
  • Terletak di dasar tasik prasejarah, di mana mendakan yang kaya dengan nutrien telah terkumpul, menyumbang kepada tanah atas menjadi subur.
  • Tanaman utama: buah delima, rosemary dan banyak tanaman ujian.

Dengan menyuburkan tanah menggunakan baja kompos dan menggunakan amalan perladangan teruji dengan berhati-hati, Nutrilite telah menghasilkan struktur tanah yang lebih baik – membekalkan tanaman dengan kumpulan nutrien yang besar.

Pemandangan

Ladang NUTRILITE: Jiran Baik Global

Di ladang Lakeview kami, sukarelawan tempatan daripada komuniti membantu menanam sayuran organik untuk kegunaan mereka sendiri. Sebagai tambahan, ladang Lakeview NUTRILITE menganjurkan program dengan sekolah tempatan, membawa pelajar dikawasan itu ke ladang untuk menanam tanaman sebagai projek sekolah pada setiap tahun.

Nutrilite
Nutrilite