Nutrilite - Kami Tidak Pernah Berkompromi berkaitan Kualiti
Pada kemudahan pembuatan NUTRILITE™, standard kualiti kami dalam sektor pembuatan adalah sebahagian daripada budaya syarikat kami sepertimana juga dengan amalan perladangan semulajadi kami. Bilik yang bersih dan peralatan yang dijaga dengan baik adalah satu ukuran kecemerlangan; satu lagi adalah tahap kepakaran yang ditunjukkan oleh staf Nutrilite di sepanjang proses pembuatan.
-
Tumbuhandituai pada waktu kemuncaknya dan diangkut secepat mungkin ke kemudahan penyahidratan kami.
-
Proses pemekatan menggunakan peralatan istimewa dalam kemudahan terkini untuk menyahidratkan, mengilangkan, dan mengekstrak nutrien alam semulajadi yang paling kaya daripada tumbuhan – menghasilkan pekatan pemakanan yang terbaik di dunia.
-
Setiap kumpulan serbuk pekatan adalah diuji untuk memastikan ia bebas daripada pencemaran dan pada potensi yang betul.
-
Skala yang dikawal komputermengukur berat dan jumlah setiap serbuk pekatan dengan tepat.
-
Serbuk yang berjenis-jenis ini kemudiannya dicampurkan untuk menjadi satu sebatian yang seragam.
-
Campuran serbuk kemudiannya dimampatkan dalam bentuk tablet, disalut dengan larutan khusus bagi memudahkan proses menelan, dan diperiksa dengan teliti untuk mengelakkan rekahan atau serpihan.
-
Tablet yang telah siap kemudiannya dikedapkan dalam bekas yang direkabentuk khusus bagi mengekalkan kesegarannya.
Pakar Kualiti bagi jenama NUTRILITE
Menjalankan Lebih daripada 15,000 Ujian setiap Bulan ke atas Produk Kami.
Walaupun tidak diperlukan, kami memilih untuk mematuhi Amalan Pembuatan Terbaik (GMP) bagi memastikan produk NUTRILITE™ adalah selamat, dikenalpasti dengan betul dan mempunyai kualiti yang terbaik.
Setiap makanan tambahan NUTRILITE menjanjikan:
TERBAIK DARI ALAM SEMULAJADI. TERBAIK DARIPADA SAINS.