Rancho El Petacal - Jalisco - Mexico
Rancho El Petacal, terletak di barat daya Mexico, mempunyai iklim yang sesuai dengan cahaya matahari dan taburan hujan yang banyak – keadaan paling baik untuk menanam tumbuhan yang kaya dengan nutrien untuk menghasilkan produk NUTRILITE™ sedia ada dan untuk menanam plot ujian untuk tujuan penyelidikan.
-
566 hektar (1,400 ekar), yang mana kira-kira 202 hektar (500 ekar) diperakui organik.
-
Ladang tersebut menjadi sumber pekerjaan utama bagi komuniti kecil El Petacal.
-
Tanaman utama: lemon, limau gedang merah, oren mandarin, selada air, parsli, bayam, bawang putih, alfalfa.
Komitmen kami untuk mengekalkan ladang ini melampaui pinggir ladang-ladang di Rancho El Petacal. Program penghutanan semula kami telah membantu meningkatkan biodiversiti dan mengekalkan keseimbangan semulajadi kawasan tersebut.
Ladang NUTRILITE: Jiran Baik Global
Ladang NUTRILITE di Rancho El Petacal menjalankan Pusat Sokongan Pendidikan dan Kebudayaan di ladang tersebut. Di sini kami menyediakan pendidikan asas berkaitan pemakanan dan ekologi disamping membantu dengan projek tempatan, seperti pembinaan gereja baru dalam komuniti tersebut.