Ladang Tasik Trout - Washington State - USA
Ladang Tasik Trout adalah ladang herba organik yang diperakui yang terbesar di Amerika Utara. Terletak di kaki bukit Gunung Cascade, pengairan ladang adalah dengan menggunakan Sungai White Salmon, yang disalur daripada glasier di atas gunung.
-
283 hektar (700 ekar)
-
Lembah Tasik Trout di mana terletaknya ladang ini adalah kesemuanya organik – perladangan konvensional tidak dijalankan di lembah tersebut dan pergunungan disekeliling membantu menghindarkan pencemaran dan bahan cemar.
-
Tanaman utama: Ekinasea purpurea, St. John's wort, lobak kuda, kacang putih, dandelion, Ekinasea angustifolia, Valerian, pudina, netel, dan banyak lagi.
Di Ladang Tasik Trout, suhu, cahaya matahari dan tahap kelembapan bertukar dari tahun ke tahun pada ketinggian yang berbeza di lembah tersebut, oleh itu ladang mestilah diuruskan sebaik mungkin bagi memastikan hasil yang konsisten bagi semua tanamannya.
Ladang NUTRILITE: Jiran Baik Global
Ladang tersebut menyokong banyak projek komuniti tempatan, termasuklah Pesta Ria TasikTrout Lake, liga besbol pertubuhan belia tempatan, majlis seni daerah, dan sekolah awam tempatan.