Pertanian Organik Nutrilite Menambahkan Kesihatan, Produktiviti Tanah
NUTRILITE⢠merupakan satu-satunya jenama global yang menanam, menuai dan memproses tumbuhan di ladang organiknya yang tersendiri yang diperakui.*
Mengapa organik? Penggunaan amalan pertanian organik kami sebenarnya bermula dengan pengasas Nutrilite Carl Rehnborg:
-
Dia menanam tanamannya menurut kaedah alam semula jadi.
-
Beliau merasakan bahawa membaja semula tanah, lebih baik daripada menghabiskan nutriennya, dan akan menghasilkan tanaman yang lebih baik pada akhirnya.
-
Dia menggunakan kaedah semula jadi untuk mengawal rumpai perosak, serangga, dan pemangsa.
* Berdasarkan pada tinjauan jenama vitamin dan penokok diet global yang dikendalikan oleh Euromonitor Antarabangsa.
Nutrilite Organik: Sistem Mesra Alam
Amalan pertanian organik kami menggabungkan amalan kebudayaan, persediaan tanah dan pengurusan ladang – dengan matlamat menambahkan kesihatan tanah yang produktif untuk menanam tumbuhan yang berkualiti yang tahan penyakit dan serangan serangga. Tanah adalah satu sistem kehidupan – lebih daripada hanya debu dan batu. Menguruskan bahan organik dan organisma tanah adalah kunci kepada amalan pertanian organik.
Amalan yang dikawal atur di kebanyakan "sistem pertanian organik" mengetepikan pestisid kimia, racun herba dan baja. Agensi yang memperakui ladang organik menetapkan semua bahan yang dibenarkan dan yang dilarang daripada digunakan.
Cara Ladang Nutrilite Beroperasi Secara Organik
Semua ladang Nutrilite mematuhi program sentiasa mempertingkatkan tanah dengan tanaman penutup bumi, tanaman baja hijau, kompos, dan bahan lain yang dilombong secara semula jadi, yang diperlukan supaya tanaman tumbuh subur.
-
Kami mengendalikan ujian tanah setiap tahun, untuk menentukan mineral lombong dan kompos mana yang patut ditambah untuk menyeimbangkan tanah dan menjadikannya suatu ekosistem yang sihat bagi semua mikroorganisma hidup dan cacing tanah yang menyumbang kepada pertumbuhan tumbuhan.
-
Kami juga menanam tanaman penutup bumi khusus bagi membantu meningkatkan kesuburan tanah, melindunginya daripada hakisan, dan memulihara nutrien dan kelembapan.
-
Tanaman ditanam secara bergilir bagi menambahkan kesegaran kompleks tanah, dan untuk meminimumkan keperluan untuk pugar tanah. Memugar boleh mendedahkan tanah kepada hakisan, dan mempercepatkan pereputan bahan organik, yang boleh menjejaskan mikroorganisma dan cacing tanah.
Mengawal Rumpai di Nutrilite
Rumpai dikawal dan dihapuskan dengan pelbagai cara:
-
Tanaman digilirkan untuk membantu mencegah rumpai daripada tumbuh.
-
Tumbuhan tertentu digunakan bagi membantu menghapuskan rumpai, nematod dan sesetengah penyakit tumbuhan yang lain.
-
Tumbuhan ditanam secara mekanikal dan rumpai dibuang menggunakan tangan.
Mengawal Perosak di Nutrilite
Perosak di ladang Nutrilite dikawal melalui kaedah semula jadi:
-
Kami menggalakkan keseimbangan sistem yang semula jadi melalui penyediaan habitat dan makanan untuk musuh semula jadi perosak.
-
Kumbang, sibur-sibur hijau, burung helang, burung hantu, biri-biri, dan pemangsa semula jadi yang lain mengawal serangga dan perosak vertebrata.
-
Kami juga menggunakan semburan semulajadi yang diluluskan oleh agensi yang memperakui.
Makanan tambahan terbaik bermula dengan tumbuhan yang terbaik.