Pada Jun 14, 2005 pelari pecut Jamaica, Asafa Powell telah melarikan rekod dunia 100 meter di Suiper Grand Prix, Athens, Greece dengan mencatat 9.77 saat - satu per seratus saat lebih rendah dari rekod 100 meter sebelumnya.
Pada hari itu, Asafa Powell dengan rasminya menjadi orang yang terpantas di dunia.
|
|
Bagaimana aksi menakjubkan ini dapat dicapai? Ia memerlukan keberanian, keazaman, latihan berdisiplin ketat dan sokongan keluarga dan rakan taulan. Asafa juga mempunyai sikap orang baik" - di atas balapan dan diluarnya - tidak seperti ramai daripada pelari pecut hari ini yang berlagak dan kasar. Dia juga mempunyai keyakinan yang tinggi pada dirinya - dan kepercayaan yang lebih mendalam lagi pada Tuhan.
Keturunan rendah Asafa di penempatan penduduk luar bandar yang sunyi di Linstead, St.Catherine, Jamaica merupakan pelopor kepada pencapaiannya yang hebat di atas balapan.

Semasa membesar, Asafa merupakan hasil dari didikan dan asuhan yang tegas Ibubapanya, Reverends William and Cislyn Powell tidak membenarkan anak-anak mereka ke majlis tarian dan pertunjukan. Disiplin bukan sesuatu yang berkala - ia kejadian setiap hari, dan ia membantu membentuk Asafa dan lima orang abang-abangnya.
Keluarga Powell telah mengalami banyak tragedi dan penderitaan. Abangnya Michael telah dibunuh dalam sebuah teksi di New York City. Seorang lagi abang, Vaughn, telah jatuh dan meninggal dunia di atas padang bola di Georgia. Reverend Powell sendiri telah ditembak di rahangnya di dalam sebuah percubaan merompak. Tetapi ikatan yang karib dan kepercayaan ikhlas mereka kepada Tuhan telah memberi mereka semangat untuk meneruskan hidup walaupun di masa-masa kesusahan dan kesedihan.
|
Semasa menghadiri Charlemount High School. Asafa hampir-hampir sahaja melepasi pelari-pelari lain dalam perlumabaan 100, 200 dan 400 meter. "Guru saya, Puan Frazier, memberitahu saya bahawa saya boleh menjadi seorang pelari," kata Asafa. "Sebelum itu, saya berfikiran anda hanya boleh menjadi seorang pemain bola sepak. Satu-satunya perkara yang saya ketahui mengenai berlari adalah saya boleh mengalahkan sesiapa sahaja - walaupun berlari dengan budak-budak yang lebih besar." Apabila berada di sekolah tinggi, Asafa menulis cita-citanya di dalam buku tahunannya. Untuk memecah rekod dunia.
|
 |
Kerana menghormati ibubapanya, Asafa memilih untuk menghadiri universiti di Kingston, Jamaica yang berhampiran - menolak tawaran dari universiti di Amerika. Beliau tinggal dan berlatih di sana, menghadiri gereja setiap minggu dan berhubungan rapat dengan ibubapanya, beserta abang-abangnya yang masih ada iaitu Donovan (bekas Olympian, model peranan dan pengurus Asafa), Nigel dan Ricardo.
Adalah mudah bagi kita membuat andaian bahawa lelaki terpantas di dunia akan bergantung kepada kepelbagaian makanan tambahan yang khas untuk tetap bertenaga dan berlatih keras. Kebenarannya adalah, sebelum April 2005, Asafa tidak pernah mengambil apa-apa jenis vitamin. “Mengambil Nutrilite™ Double X™ merupakan satu-satunya perubahan yang saya buat kepada cara saya berlatih. Selepas saya mula mengambilnya, saya rasa saya mempunyai lebih tenaga untuk berlatih lebih keras dan lari dengan lebih pantas lagi."

Beliau menambah lagi, "Saya sangat berhati-hati mengenai apa yang saya makan oleh itu saya menghargai kandungan vitamin dan garam galian ditambah pula dengan pati berasaskan tumbuhan yang ada dalam Double X."
Pada tahun itu, pada bulan Mei di Jamaica International Invitational, beliau telah mencatat 9.84 saat - pada masa itu, masa terpantas di dunia pada tahun itu. Sebulan kemudian, beliau telah mempersembahkan prestasi yang sama di Republik Czech, dengan masa 9.85 saat.
Tiga bulan selepas menambah Double X pada regimen hariannya, Asafa memecah rekod dunia, berlari 100 meter dalam hanya 9.77 saat - di stadium yang sama di mana beliau telah mendapat tempat kelima dalam Olimpik 2004.
Reaksi beliau semasa memecahkan rekod dunia? Asafa tipikal. Tiada telatah menyenangkan hati penonton atau berlagak. Pemuda yang bersopan santun, sangat beragama ini hanya ketawa dan senyum - walaupun pada beberapa minit yang diambil untuk memastikan catatan rekod dunia beliau pada papan markah.
"Apabila saya berlari, saya tidak fikirkan persaingan," kata pemegang rekod dunia ini. "Saya hanya lakukan apa yang saya mesti lakukan. Nutrilite tidak menganggap pertandingan dalam apa yang dilakukan, mereka hanya menumpukan pada menjadi yang terbaik dalam bidang mereka."
Nama "Asafa" bermakna "menyambut kemenangan". Betapa wajar, kerana kita akan melihat nama Asafa Powell tercatat dalam rekod sukan buat beberapa tahun akan datang. gi pun, Asafa hanya berumur 25 di Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008 - olahragawan yang agak muda dalam dunia persaingan tinggi bintang-bintang balapan.
Kisah Asafa adalah kisah mengenai menetap dan mencapai matlamat. Nutrilite berbangga menjadi penaja lelaki terpantas di dunia, dunia di mana Nutrilite, jenama global terkemuka vitamin, garam galian dan makanan tambahan akan sentiasa disebut-sebut.