Pada hari Rabu, 3 Mei 2006, Institut Kesihatan Nutrilite dengan rasminya telah membuka pintu-pintu kepada Pusat bagi Kesihatan Optimumnya (COH) yang berharga lebih daripada $10 juta. Perayaan ini merupakan batu penanda bagi syarikat ini sambil ia terus meningkatkan kesedaran terhadap Institut Kesihatan Nutrilite dan peluang perniagaan Amway dan Quixtar. Acara ini telah dihadiri oleh Lembaga Penasihat Saintifik Institut Kesihatan Nutrilite, anggota Majlis Pengasas, eksekutif korporat dan pegawai kerajaan. Tokoh yang telah menyampaikan ucapan dasar termasuk Rich DeVos, Doug DeVos, Steve Van Andel dan Dr. Sam Rehnborg.
Tetamu dijemput melawat kemudahan COH yang termasuk: barang pameran COH; kemunculan buat pertama kalinya filem Keseimbangan yang Lengkap dalam teater tahap terkini; persembahan daripada Lembaga Penasihat Saintifik Institut Kesihatan Nutrilite; dan pengenalan kepada program penilaian kesihatan yang baru. Acara tersebut berakhir dengan majlis champagne yang elegan.