Produk Nutrilite - Hasil Analisis dan Penyelidikan Meluas.
Setiap produk NUTRILITE⢠adalah hasil langsung daripada ujian bidang yang meluas dan analisis makmal, yang dijalankan oleh ahli para sains, ahli mikrobiologi, ahli kimia, ahli farmasi, pakar pemakanan dan juruteknik yang lain. Kami telah membuat pelaburan yang besar dalam kepakaran saintifik dan peralatan, yang biasanya tidak ditemui dalam industri pemakanan tambahan.
Perkhidmatan analitikal kami yang komprehensif termasuklah:
-
Bioassai – untuk mengenalpasti bahan dan sebatian yang bermanfaat untuk produk kami.
-
Mikrobiologi – untuk menetapkan spesifikasi dan menguji bahan bagi memastikan keselamatan produk.
-
Kimia analitikal – untuk mengenalpasti sumber-sumber bahan, dan memajukan proses bagi mencipta produk yang selamat, konsisten dan efektif.
Ahli kimia analitikal Nutrilite bergantung pada peralatan paling canggih dan kaedah bagi menyokong kerja mereka:
-
Kromatografi gas/spektrometri jisim digunakan untuk menapis bahan mentah dan menguji produk yang telah siap – terutamanya untuk mengenalpasti komponen mudah meruap dalam minyak perlu, atau untuk menguji bahan awet dan bahan lain yang tidak dibenarkan dalam sesetengah negara.
-
Kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC) mengasingkan sebatian aktif dalam produk pekatan atau produk telah siap daripada komponen lain. Ini membolehkan ahli sains mengenalpasti ia secara individu dan menentukan tahapnya dengan tepat. HPLC menyokong tuntutan label dan penentuan jangka hayat.
Bioassai Nutrilite: Mengenalpasti Bahan Yang Bermanfaat
Di dalam makmal bioassai, ahli sains kami menggunakan penyelidikan dan peralatan pinggir keratan untuk membantu pemaju produk mengenalpasti bahan yang paling efektif untuk produk NUTRILITE.
Setiap hari, kami menjalankan cerakin – atau ujian – bagi meramalkan kesan bahan yang tertentu ke atas tubuh manusia. Pada tahun 2005 sahaja, lebih 2000 cerakin telah dijalankan, daripada kesan bahan antioksida yang tertentu hingga ke kajian sinergis yang melibatkan kombinasi bahan berpotensi tertentu bagi produk kami.
Bioassai mengukur kesan permulaan sesuatu bahan pada tahap selular, sub-selular dan tahap genetik, menggunakan sel hidup. Kemudian, percubaan klinikal ke atas manusia akan menambahkan pengetahuan kami berkaitan kesan sesuatu bahan.
Kebanyakan ujian yang dijalankan melibatkan penggunaan sistem robotik yang canggih yang membolehkan seorang ahli sains memprogramkan ujian, menetapkannya, dan berpindah ke tugasan yang lain, sementara sistem itu menjalankan ujian dan menghantar data yang telah siap terus kepada komputer meja ahli sains tersebut.
Mikrobiologi Nutrilite: Memastikan Keselamatan Produk
Mikrobiologi adalah sains dan kajian berkaitan mikroorganisma, termasuk alga, kulat, bakteria, dan virus.
Para ahli mikrobiologi kami bekerja setiap hari untuk menetapkan spesifikasi dan menguji bahan sebelum perumusan sebenar produk NUTRILITE.
Selain daripada itu, mereka menguji tahap keselamatan kulat seperti bakteria, yis, dan lumut – mikroorganisma semulajadi yang wujud dalam kebanyakan bahan ladang yang digunakan dalam produk NUTRILITE.
Selepas produk dirumuskan, Jaminan Kualiti Nutrilite memastikan bahawa spesifikasi ini dipatuhi dalam produk yang telah siap.
Kimia Analitikal Nutrilite: Menganalisis Bahan Mentah dan Produk Yang Telah Siap
Tugas kimia analitikal ialah untuk mencirikan dan kemudiannya menganalisis bahan mentah yang dimasukkan ke dalam produk NUTRILITE.
-
Apabila bentuk dan kekuatan bahan mentah yang betul telah ditentukan, kaedah untuk menggunakan sebatian ini disahkan secara formal.
-
Bahan mentah yang telah dianalisis adalah digunakan dalam produk yang telah siap.
-
Kaedah kemudiannya dimajukan dan disahkan bagi memastikan bahawa spesifikasi tahap aktif dan dakwaan bagi produk yang telah siap telah dipatuhi.
-
Kaedah ini kemudiannya digunakan untuk menentusahkan jangka hayat produk, memastikan integriti pembungkusan, dan menjamin prestasi yang konsisiten bagi produk NUTRILITE yang telah siap.
Penyelidikan inovatif mengekalkan produk Nutrilite di tahap
baris depan dalam sains pemakanan.